Thursday, 24 November 2011

MASIH ADA YANG LEBIH BAIK DI LUAR SANA

Putus kawan??? Atau yang sewaktu dengannya???

Rileks la kengkawan. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan Yang Maha Esa. Kehilangan si dia mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tu. Cuba motivasikan diri dengan berfikiran positif. Jangan asyik nak fikir kesalahan pihak di sana atau pihak kita je. Tenang-tenangkan fikiran anda. Jika perlu, luahkan pada seseorang yang boleh dipercayai. Jangan malu untuk menitiskan air mata tu. Dengan menangislah anda dapat meleraikan sedikit sebanyak kesedihan di hati. Saya juga begitu. Tak kira kaum Adam atau Hawa. Semua boleh menangis, jangan anggap dengan menitisnya air mata itu, kita dah tak macho!!! Hahaha...

Perpisahan kita dengan dirinya pasti ada sebab tertentu. Semestinya kita dah tak ada jodoh dengan dia dah. Jangan tangisi peprisahan itu lama-lama. Cukup sekadar buat melepaskan duka di hati.

Jika anda sedar, ramai lagi yang menanti di luar sana. Ada yang berperangai sama atau lebih teruk dari si dia yang lepas. Ada juga yang jauh lebih baik untuk diri kita. Tak perlulah kita terburu-buru mengejar cinta, kerana cinta itu datang dengan sendirinya.

Cinta yang dicari akan pergi, cinta yang datang dengan sendirinya akan kekal selamanya bersama kita.
Cinta yang berlandaskan nafsu akan pudar, cinta yang hanya kerana ketulusan dan keikhlasan hati akan kekal abadi.



No comments:

Post a Comment