Thursday 24 January 2013

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN

hye semua... assalamualaikum wbt kepada semua umat Islam yg singgah di blog kecil ini... dan tidak lupa juga Salam Maulidur Rasul :)

hari ini tercetus pula ilham nak beri tips-tips yg berguna buat semua penuntut ilmu... tidak kira usia, semua masih boleh menuntut.. Rasulullah SAW juga bersabda,, 'Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negeri China" ... oleh itu,, ketika kita masih bernyawa,, tuntutlah ilmu sebanyak yg mungkin dan amalkanlah ilmu yg dituntut tersebut.. insyaALLAH..

walaupun agak terlamat sedikit,, cik wawa tetap juga nak ucapkan selamat kembali ke sekolah @ universiti @ kolej buat semua penuntut ilmu.. sebelum bermulanya alam persekolahan atau semester baru untuk pelajar IPT, mesti ada buat azam baru kan?? semua nak berjaya betul tak??? hehe.. tapi,, kadang2 pelajar tidak tahu cara untuk belajar dengan betul... menggunakan teknik dan amalan yg salah atau tidak sesuai boleh menyebabkan seseorang pelajar itu kecundang semasa peperiksaan.. Nauzubillahiminzalik... >.<

huhu... sempena menyambut Maulidur Rasul ini,, cik wawa nak share sikit ilmu di dada.. takde la nanti orang cakap kedekut ilmu pulak kan? hihi... cik wawa pown bukanlah bagus sangat,,, tapi insyaALLAH tips2 ini boleh membantu para penuntut untuk capai GOAL anda dalam alam persekolahan mahupun univerisiti...

1) dalam kelas @ kuliah

  •  tumpukanlah perhatian sepenuhnya, dengar dengan teliti apa yg lecturer @ cikgu yg sedang membincangkan tentang sesuatu topik.. sebab lecturer selalunya akan membincangkan topik2 atau perkara penting yg akan keluar time exam.. sediakan buku @ set A4 untuk mencatit segala perkara penting yg disampaikan oleh tenaga pengajar tersebut.
  • jagalah ADAT BELAJAR semasa di dewan kuliah @ kelas... jangan sesekali BIADAP @ berbahasa kasar dengan tenaga pengajar tersebut.. sekiranya terdapat sebarang kesulitan, berbincanglah dengan cara yg berhemah dan beradab... kerana ilmu yg dicurahkan oleh guru tidak akan berkat jikalau adat2 bersama guru tidak dijaga dengan baik...
  • JANGAN SESEKALI TIDUR semasa guru @ lecturer sedang mengajar di kelas @ dewan kuliah... salah satu yg mengguris hati dan perasaan guru adalah ketika pelajar tidak menumpukan sepenuh perhatian ketika kuliah.. jikalau terguris hati pengajar tersebut,, takut2 nanti tidak berkat ilmu yg disampaikan... 
2) sebelum kelas @ kuliah
  • buatlah persiapan yg rapi sebelum kelas... persiapan di sini bermaksud,,, cuba fahami topik yg berkemungkinan akan diajar semasa kelas nanti... ini sangat membantu para pelajar untuk lebih memahami sesuatu topik yg dibincangkan dalam kelas... 
  • pasanglah niat yg betul sebelum melangkah menuju ke kelas... sesuatu perkara yg kita buat hendaklah didahului dengan niat... niat yg ikhlas menuntut ilmu hanya kerana ALLAH SWT, insyaALLAH segala ilmu yg dipelajari diberkati ALLAH SWT... 
3) ulangkaji pelajaran @ topik yg telah diajar... hakikat akal manusia ialah cepat lupa... oleh itu ,, keraplah mengulangkaji topik2 yg penting.. 

4) jangan terlalu kedekut kertas untuk membuat nota sendiri... walaupown dah ada buku teks,, sebaiknya,, selepas baca dan fahami topik yg dibaca,, tulislah isi2 penting topik tersebut sebagai pelengkap untuk lebih mengingati ilmu tersebut dengan lebih baik.. kerana telah terbukti secara saintifik,, otak manusia lebih mengingati apabila menulis dan menyalin daripada hanya membaca... 

5) sebelum peperiksaan
  • buatlah preparation yg menyeluruh... BUKAN hanya pada sesetengah topik sahaja... fahamilah dengan mendalam setiap subtopik sesuatu subjek.. setiap peperiksaan akan meliputi keseluruhan subtopik yg dipelajari sepanjang semester.. 
  • banyaklah buat latihan dan lazimkanlah diri untuk jawab soalan2 peperiksaan past-year questions.. sangat2 membantu semasa peperiksaan nanti.. 
  • untuk pelajar2 universiti,, kumpullah carry marks banyak2 (quiz, assignment, attendance, test, lab report, presentation, group work @ projek) 
  • minta restu ibu bapa sebelum minggu peperiksaan tersebut... restu mereka adalah sangat penting bagi menentukan agar diredhai ALLAH SWT... 
  • minta maaf dan minta restu dari lecturer dan guru2 yg mengajar... takut2 pernah mengguris perasaan mereka.. 
  • maafkan dan halalkan segala makan minum dan ilmu yg pernah dicurahkan pada rakan2 seperjuangan... dan mungkin pernah membuat kesilapan pada rakan2,, minta maaf dari mereka... maafkan juga sekiranya pernah salah seorang rakan yg mengguris hati anda.. jiwa yg lapang pada hari peperiksaan insyaALLAH membantu ketika menjawab soalan peperiksaan... 
  • langsaikan segala hutang yg ada... ingat!!! HUTANG WAJIB DIBAYAR WALAU TIDAK DITUNTUT... 
6) jagalah solat 5 waktu sehari semalam anda... ingat!!!! SOLAT ITU TIANG AGAMA... yg membezakan orang Islam dan orang kafir ialah SOLAT.. rajin2kanlah diri untuk solat sunat tahajud, solat sunat taubat dan lain2... kalau boleh onlline sampai 3-4 pagi,, kenapa susah nak solat malam?? hubungan kita dengan ALLAH SWT perlulah dijaga dengan penuh tanggungjawab... 

7) rajin2 lah buka AL_QURAN dan mengaji... bukan kah mengaji walaupun satu huruf akan diberikan pahala oleh-Nya?? apa salahnya kalau mengaji 3-4 ayat... kalau baca novel,, komik,, majalah boleh,,,,, kenapa susah sangat nak membaca al-quran al-karim?? 

muhasabahkanlah diri anda wahai para penuntut ilmu sekalian,,, kongsilah ilmu pada para sahabat seperjuangan... insyaALLAH jika teknik menuntut ilmu yg betul dilaksanakan,, nescaya GOAL anda akan tercapai dengan berkat dan rahmat dari ALLAH SWT yg Maha Pemurah... insyaALLAH...

apa2 pown,, terima kasih ye sebab sudi singgah di blog kecil ni... ha,,, pada yg boleh solat tu,,, jangan tinggal solat ye... :)

Thursday 15 November 2012

Doa Untuk Meringankan Beban Masalah


What Are Some Prophetic Supplications That Can Help Me Deal With Trials In My Life???

Question: I’m going through very difficult things in my life right now. I really don’t know how to cope other than to turn to Allah.  Are there any prophetic supplications I can say to help me through my various trials and tribulations?
Answer: Assalamu alaikum wa rahmatullah,
 
I pray this finds you in the best of health and faith.
Dealing with Trials
Do not lose hope because of the trials you face. Trials are either an expiation for sins or a means of raising one’s degrees in Allah’s sight. And scholars mention that our trials are filled with subtle blessings that we do not perceive but that are nevertheless there. Trust in Allah and accept His decree, while fully striving to alleviate the situation.Allah Most High states, “Perhaps you may hate something, yet it proves better for you” (2:216).
Our Beloved Messenger (peace and blessings be upon him) confirmed this reality when he said, “How amazing is the believer’s affair! Allah decrees nothing for the servant except that it is good for him.” [Musnad Ahmed] 
Our Master Umar highlighted some of the blessings of trials when he once said, “I was never afflicted with a trial except that with it Allah gave me four blessings: it was not in my religion; I was not barred from being content; it was not worse than it was; and I hoped for reward through it.”
Focus on being content with Allah’s decree, and remember that it could always be worse. Seek Allah’s reward, and be steadfast.
Prophetic Supplications for Trials
The Prophet (peace and blessings be upon him) said, “The supplication of my brother Dhun Nun (Yunus, peace be upon him), who called on Allah while in the whale’s belly: ‘There is no deity but You. Glory be to You! Verily, I have been among the wrongdoers’ (Quran 21:87) - no Muslim person says it, for any situation whatsoever, except that Allah Most High answers his call.” [Tirmidhi]
 La ilaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu mina z-zalimin.
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ


2- “O Allah! There is no ease except that which You make easy, and indeed You, when You want, make difficulties easy.” [Sahih Ibn Hibban]
Allahumma la sahla illa maa ja’altahu sahlan, wa Anta taj’alu l-hazna idha shi’ta sahla.
  
اللّهُمَّ لا سَهْلَ إلا ما جَعَلْتَهُ سَهْلا وَأنتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا




3- The Prophet (peace and blessings be upon him) would say when in distress, “There is no deity but Allah, the Knowing, the Clement. There is no deity but Allah, Lord of the Magnificent Throne. There is no deity but Allah, Lord of the heavens and Lord of the earth and Lord of the Noble Throne.” [Sahih Bukhari]La ilaha illa Allahu l-Alimu l-Halim. La ilaha illa Allahu Rabbu l-Arshi l-Azim. La ilaha illa Allahu Rabbu s-samawati wa Rabbu l-ardi wa Rabbu l-Arshi l-Karim.
  لا إلهَ إلا اللهُ العَليمُ الحَليم لا إلهَ إلا اللهُ ربُّ العَرْشِ العَظِيْم لا إلهَ إلا اللهُ ربُّ السَّمَاوَاتِ 

وَرَبُّ الأَرْضِ ربُّ العَرْشِ الكَرِيْم



4- When the Prophet (peace and blessings be upon him) would be afflicted with a stressful trial, he would say, “O Living and Eternal Maintainer! By Your mercy I seek help!” [Sunan Tirmidhi]
 
Ya Hayyu Ya Qayyum! Bi rahmatika astagheeth!
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث

And Allah knows best.
wassalam

Wednesday 7 November 2012

snap sana,, snap sini~~

lensa kamera ibarat kanta mata yang sentiasa memerhati dan merakam pemandangan dan memori sama ada suka mahupun duka... zaman remaja adalah zaman yang amat indah dan perlu diisi oleh pengalaman demi mematangkan diri sendiri sebagai bekalan di masa akan datang... tetapi perlu sentiasa berhati-hati agar tidak terjebak dalam aktiviti yang merosakkan diri sendiri,, nama baik keluarga,, masyarakat dan juga negara...

sebagai remaja,, kita perlulah bijak mengatur masa.. ada kala nya perlu beriadah bersama rakan-rakan,, mengulangkaji pelajaran bersama-sama,, berkongsi masalah suka dan duka... memori-memori terindah perlulah dipahatkan dengan kukuh dalam RAM setiap manusia...

cik wawa ada snap beberapa pictures bersama teman-teman sekuliah,, sekampus... harap persahabatan ini kekal hingga ke akhir hayat... insyaALLAH... :)

my classmate~ 


my lovely roommate~

my lovely frenzzzzz~ (wawa,, bubu,, shu) 

my geng~ (chik,, wawa,, paan)

my classmate~ (nurul,, wawa,, chik) 

Saturday 15 September 2012

COURSE APE NAK PILIH NI??? ARRRGGGGGHHHHHH

"weyyy,, hang nak ambik course pe weyyy??? aq xtau la nak pilih ape... mak aq soh ambik medic,, bapak aq lak soh ambik farmasi,,, tapi dua2 aq x minat... aq suka masakan~~ ape aq nak wat ni wey??? confirm2 la parents aq x bg aq amik course tu... "

haaaaaaa.... selalu kan kita hadapi fenomena macam ni terutamanya pelajar lepasan spm yg nak pilih bidang yg ingin diceburi untuk ke peringkat yg lebih tinggi... hmmmm...eh kejap.. cik wawa lupe la nak greet korang... hehehe.. pape pown,, selamat dtg ke blog yg baru setahun jagung ni... gamsamida~  :-D

jom sambung balik dengar leteran cik wawa ni... haaaa,, korang dulu ada pernah hadapi tak fenomena macam ni??? bingung dan keliru nak masuk course ape... sama ada ikut rancangan parents atau pown ikut minat sendiri... hmmmm... jom imbas kembali kenangan nak isi borang permohonan dulu... aliran ape yg ada dalam fikiran anda??? aliran ape pulak yang parents korang rancang untuk anda??? aliran ape pulak yg anda minat??? hmmmm complicated sangat kan time2 macam ni... naik pening kepala dibuatnya... xpe2... cik wawa ade sedia untuk memberikan leteran berguna untuk semua pengunjung blog ni... ;-)

hmmmm,, actually,, bab2 bidang ape yg kita nak cebur untuk peringkat universiti ni sangat2 la penting sebab inilah yang berkemungkinan besar menentukan kerjaya masa depan kita... kita sepatutnya ikut minat kita sendiri,, sebab kalau kita x minat dengan sesuatu,, mesti sampai sudah kita x enjoy menceburi bidang tu kan??? kalau kita x enjoy ape yg kita study tu,, mesti laaa kita x dpt nak paham ape yg dipelajari... nasihat cik wawa,, buat sesuatu yg diminati,, bukan untuk orang lain,, tapi untuk diri kita sendiri...

meh sini nak share stories sikit kat korang,,,, cik wawa ni dari kecik minta mathematics, main2 machine,, dok tengok documentary pasal machine2 ni... tapi,, parents cik wawa ni nak the only daughter dyeorang jadi pakar bedah otak... hurmmm.. time spm, biology tu x la susah sgt kan... hurmmm... so,,, dok dengar nasihat parents,, masok la asasi perubatan.. time tu rasa nak pecah otak coz biology n chemistry dyee power giler2... x terdaye otak cik wawa nak catch up selaju pelajar yg memang minta biology.... yang cik wawa power just for maths n physics je.. so,, lepas habis je asasi perubatan tu,,, cik wawa berbincang elok2 dengan parents sebab cik wawa nak ceburi bidang engineering, especially electrical n mechanical ni.. hurmmm akhirnya parents cik wawa pown memberikan restu untuk cik wawa melebarkan sayap ke bidang yang diimpikan dari kecik lagi.. alhamdulillah,, dan insyaAllah,, cik wawa nak sambung sampai phD dalam bidang Mathematics dan Electrical,, walaupown selepas mendirikan rumah tangga pown...

so,, apa yang cik wawa nak cakap kat sini,,, kita kena enjoy dalam bidang yang diceburi,, barulah kita mudah untuk memperoleh kejayaan sedikit demi sedikit demi masa depan kita... bukannya belajar dalam tekanan kerana paksaan... oklaaa itu je kot untuk petang ni.. cik wawa pown da penat... so,, pape pown,, semoga berjaye ek dalam ape pown bidang yang diceburi...



gamsamidaaa~~~  :-)

Tuesday 17 July 2012

KALUT WEYYYYYYYYYYYYYYYYY~~~~~~~~~~~~

hmmmmm... dalam sibuk2 siapkan fizikal dan mental untuk kemasukan UNIKL ni,, tiba2 dapat tahu Borang Penerimaan Tawaran Universiti tak sampai ke tangan pihak pengurusan pulak kan.... haissssssssshhhhhhhhhh tension betol laaaaaaaaaaaa.. eiiiiiiiiiiii gerammmmmmmmmmmmm... padahal,, aku dah hantar borang tu pada awal bulan Julai lagi... camne la boley x terima kat sana???


sabaq3... diorang called and gtau kene anta hari ni jugak by FAX @ email... lagi la aq dok tension!! mane nak cari FAX time dok kalut camni... umah aku ni bukan nya OFFICE kan.... so,,, email je la sekali ngan slip spm, ic, slip bank... camne lak laaaa aku nak scan semua2 tu kan,,,


then tetibe idea giler giler datang... aq pown amik phone aq GT-S3850 ni,,, bukak kamera,,, then snap la semua dokumen penting tu... then bluetooth ke laptop ummi aku,, compose la semua yg diperlukan ke e-mial diorang... tada!!! siap!!! huhhhhhhhhhhh lega.... harap2 diorang terima hasil kerja giler aku ni.... DARURAT kotttttttttt.... kalau x rock macam aku ni,,, confirm mengamuk bagai nak rak~~ hmmmm


alhamdulillah... so,, skrg ni aku kene siapkan diri untuk kemasukan dan orientasi hari ahad ni... hmmm... ALL IZ WELL,, ALL IZ WELL!!!

Friday 29 June 2012

surat tawaran lagi~~

selamat petang semua~~ :) harap anda semua sihat2 saje ek... cik wawa ni ade je bende yg nak diconteng dan dicoretkan dlm blog ni... harap anda takkan jemu nak teruskan mengikuti setiap entry yg dimasukkan ek... ;)

kalau yg dah lepas SPM tu,, mesti banyak dapat tawaran kemasukan universiti kan??? tak kira la lepasan spm ke,,, stpm ke,, sijil ke,,, diploma ke,,, dan lain2 lagi la~ terutamanya bagi yg dapat keputusan yg memuaskan hati dan perut, mesti banyak tawaran yang anda dapatkan??? hmmmm.... ape2 pown,, cik wawa ingin sekali mengucapkan jutaan tahniah buat anda2 yg dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang anda impikan... ^_^

cik wawa ni pown same la jugak,, baru je dapat tawaran sambung belajar,,, mula2 dpt kat uitm (mechanical engineering),, pastu kat albukhary international university (business),, n skrg ni dapat lak kat UNIKL (engineering technology in electromechanical installation and maintenance)....

sekarang ni cik wawa dah pening kepala,, tak tau nak pilih yang mane... memang dari dulu cik wawa ni minat sangat engineering... hmmm... nmpk gayanya,,, UNIKL la yg menjadi sasaran cik wawa ni kan! hehe... insyaALLAH.... tapi cik wawa tanak buat keputusan melulu... nak solat istikharah dulu,, minta petunjuk dan bermohon agar jalan yg benar dipermudahkan... amin~

actually,, dalam membuat sesuatu pilihan,, terutamanya kalau ada banyak pilihan,, kita kena bertenang,, fikir masak2 tentang setiap optional,, kebaikan pilihan tersebut,, then pikir pasal masa depan kita dalam bidang tu... bukan boleh terus main redah je,, jangan jadi macam "sudah terhantuk, baru nak mengadah"~ kita kena ingat,, kalau sekali tersalah langkah, tersalah pilihan,,, hurmmmm akibatnya nanti akan memakan diri kita sendiri... pilihan yang terbaik adalah berdasarkan minat kita terhadap sesuatu tu.. sebab kalau menceburi dalam bidang yg kita kurang minat,, jawabnya GAGAL dalam mencapai matlamat sebenar setiap pembelajaran yg dah kita pelajari...

jadi nasihat dari pihak pengurusan cik wawa ni,,, buatlah keputusan sebaik-baiknya... mintalah petunjuk dari ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui... insyaALLAH,,, kita dapat menceburi dalam bidang yang terbaik untuk masa depan kita, keluarga, masyarakat dan negara... amin~   ^_^

akhir kata,, terima kasih kerana sudi menjengah blog cik wawa ni... jumpa lagi di entry akan datang ek.... ;)


tata~~   ^_^

Friday 10 February 2012

MENJIWAI TAUHID, MEMURNIKAN DIRI

assalamualaikum wbt wahai semua muslimin dan muslimat yang diberkati ALLAH SWT sekalian.... hye semua kawan2.... lama jugak ek saya tak post entry baru kat blog ni....

hmmmmm.... selalu kita perhatikan entry2 kat blog selalu berkenaan cinta, kenangan, sahabat, kehidupan, cerita lawak dan sebagainya... agak jarang kita jumpa entry yang berunsur dakwah... sedangkan setiap orang Islam yang berakal wajib berdakwah mengikut kemampuan... jadi, marilah kita sama2 menggunakan teknologi yg ada ini untuk memperoleh keberkatan duniawi dan ukhrawi.... :)

Amma Ba'du,,

sesungguhnya agama Islam diutuskan oleh ALLAH SWT melalui junjungan teragung Rasulullah saw kepada umat manusia, untuk mengeluarkan mereka daripada kegelapan syirik, kufur, prasangka dan kesesatan. Maka, berbahagialah bagi mereka yang mengikuti agama yang disampaikan baginda lalu berpegang dengan aqidah tauhid, dan malanglah bagi mereka yang terus memilih untuk berpegang dengan fahaman kufur mahupun pegangan yang syirik.

wahai pembaca yang setia,,, agama Islam yang indah ini menyeru manusia agar kembali kepada fitrah dan realiti. kerana hakikat kewujudan ini sememangnya berdiri atas konsep TAUHID dan WAHDANIYYAH (keesaan ALLAH SWT). oleh yang demikian, Islam mengajar umat manusia aqidah yang indah dan murni daripada hijab-hijab aghyar, agar manusia dapat meningkatkan kerohanian diri untuk terus menghirup kemanisan makrifatullah ( kenal ALLAH SWT). 

para sahabat Rasulullah saw mewarisi ajaran tauhid dan asas-asas keimanan daripada Rasulullah saw lalu mereka menterjemahkan ke dalam praktikal harian mereka melalui proses tarbiah dan mujahadah di bawah bimbingan dan irsyad (tunjuk ajar) Rasulullah saw. mereka menterjemahkan aqidah dan keimanan mereka dalam bentuk muamalah harian mereka dengan akhlak2 yang tinggi samada yang zahir mahupun yang batin.

baiklah para pembaca yg diberkati ALLAH SWT sekalian, saya nak kupas pula tentang TIGA ASAS AQIDAH ISLAM...

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ada menyebut dalam buku beliau yang berjudul Fusulun fil-Aqidah...
          " sesungguhnya Islam ialah aqidah dan amal. Aqidah itu perkara pokok dan amak itu cabang daripada aqidah tersebut. Tanpa aqidah, maka amalan seseorang itu tidak akan diterima." nauzubillahiminzalik....

usul2 aqidah itu ada 3 yg paling utama:

1) mengenal ALLAH SWT sebagai Maha Pencipta, Maha Pemberi Nikmat dan Tuhan yg disembah, yg mana, seluruh kewujudan ini menunjukkan kepadaNya samada fitrah, akal mahupun tanda2 kejadian alam ini sendiri. ALLAH SWT berfirman yg bermaksud:  
" apakah ada keraguan terhadap Allah, Maha Pencipta langit dan bumi? " (surah Ibrahim: 10)

2) mengesakan ALLAH SWT dengan meyakini bahawa ALLAH SWT itu Maha Esa dan menjadi tempat pergantungan. hanya ALLAH SWT sahaja Tuhan yang layak disembah. hanya Dia sahajalah Tuhan yang Maha Kuasa dalam memberi pertolongan. ALLAH SWT berfirman yg bermaksud:
"(Dialah) ALLAH, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia." (surah al-Baqarah: 255)

3) menyucikan ALLAH SWT daripada segala sifat yang tidak sesuai dengan sifat2 kesmpurnaanNya. sesungguhnya ALLAH SWT bersifat sempurna dan tiada kekurangan. sesiapa yang menyamakan sifat ALLAH SWT dengan makhluk lain, maka dia telahpun tersesat daripada landasan aqidah Islam yang indah lagi murni. sepertimana firmanNya:
"tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia (Allah SWT)." ( surah as-Syura:11)


wahai muslimin serta muslimat sekalian yang sudi membaca isi perbahasan ini,, moga diberkati ALLAH SWT... marilah kita sama2 berdakwah demi menjaga kesucian agama Islam yg tercinta ini... syukran... ^_^