Thursday, 24 November 2011

KENAL DIRI ANDA SENDIRI

ANDA KENAL SIAPA ANDA???


Hai kengkawan. Terima kasih sebab sudi jengok-jengok blog saya ni. Apa khabar anda hari ini? Harap hari ini lebih baik dari semalam dan hari-hari yg lepas.Saya di sini sihat, alhamdulillah. Hari ini, masa kaum Adam, kaum pemimpin dunia tengah bersembahyang Jumaat, saya dapat ilham baru dan nak share la dengan sesiapa sahaja yang sudi nak baca blog saya ni.

Bukan semua manusia sempurna, tapi kita boleh cuba untuk jadi sempurna.
Bukan semua manusia boleh buat yang terbaik, tapi kita boleh cuba dan berusaha untuk jadi yang terbaik.
Bukan semua hari yang kita lalui akan berjalan dengan baik, namun kita boleh cuba untuk menjadikan hari ini lebih baik dari hari-hari yang lepas. Betul tak????

Anda kenal tak siapa diri anda sebenarnya? Kadang-kadang kita sendiri pun tak kenal hati budi kita sendiri kan? Saya juga pernah mengalami peristiwa yang sama. Tak menyangka yang kita boleh buat sesuatu perkara ataupun tak sangka yang kita tak boleh buat perkara yang mudah. Usah malu dengan kelemahan diri sendiri, namun  kita harus cuba untuk memperbaiki kelemahan diri kita sendiri. Zaman moden macam sekarang ni, macam-macam cara yang kita boleh buat untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri. Sumber-sumber seperti internet, majalah, akhbar dan buku-buku ilmiah boleh membantu kita untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu fikiran kita.

Kita harus mengenali kelemahan diri kita dahulu sebelum mengenali kelebihan diri kita. Kelemahan adalah sesuatu yang mengurangkan prestasi dan mutu hidup kita. Pelbagai aspek kelemahan diri manusia. Kelemahan fizikal seperti kulit bermasalah, kelemumur, ketinggian, berat badan dan kecantikan atau kehenseman merupakan contoh-contoh kelemahan diri dari aspek fizikal. Dari aspek mental pula mungkin agak lemah untuk catch-up sesuatu yang penting atau kurang bijak menguruskan masa. Kebanyakan masalah ini boleh diselesaikan jika kita bersungguh-sungguh untuk meleraikannya. Namun, tidak semua masalah boleh diselesaikan dengan mudah.

Selepas kita kenal kelemahan diri kita, intai pula apa yang kita boleh buat dengan cemerlang. Lain orang, lain kelemahan dan kelebihannya. Namun, kita juga harus selalu ingat untuk tidak bongkak atau berlagak dengan kelebihan diri sendiri. Kelebihan yang ada pada diri kita yang dapat menutup kelemahan kita. Usah bersedih hati sekiranya kita sedar yang kita tidak ada kelebihan seperti orang lain ada.

Tak semua orang cantik,
Tak semua orang pandai,
Tak semua orang kreatif,
dan ingatlah,,,
TAK SEMUA ORANG SEMPURNA...

Bersyukurlah dengan diri kita sendiri. Cuba untuk mencari penyelesaian untuk memperbaiki kelemahan diri...

^_^ MUHASABAH DIRI ANDA SETIAP HARI....


No comments:

Post a Comment