Semua manusia dikurniakan hati untuk merasai cinta. Pernahkah anda merasai cinta???
Manusia mudah keliru tentang membaca hati kita sendiri. Kadang-kadang kita langsung tidak sedar yang kita sebenarnya sedang dilamun cinta. Sampai satu ketika kita telah kehilangan si dia barulah kita sedar bahawa selama ini kita sedang menyayangi dan mencintai dia.Oleh itu, pastikan kita sentiasa peka dengan sekeliling kita kerana cinta boleh hadir pada bila-bila masa sahaja. Saya nak share sikit cerita tentang akibat tidak menghargai kehadiran cinta.
******
Aleya Sofea, seorang pelajar di kolej swasta, mengambil bidang sains kesihatan sebagai major pengajiannya di kolej tersebut. Sofea seorang yang sangat mementingkan masa depan kerana dia ingin mengubah nasib keluarganya. Setiap masa lapang Sofea diisi dengan mengulangkaji pelajaran. Hingga suatu masa itu....
Seorang lelaki yang bernama, Aidil Adha belajar dalam bidang kejuruteraan di kolej yang sama dengan Sofea, berkenalan dengannya melalui laman sosial facebook. Mereka mula rapat dengan chat dan comment dalam facebook. Sebulan kemudian mereka mula berhubungan melalui sms dan panggilan. Setiap malam Aidil akan menelefon Sofea untuk berbual dengannya. Pernah sekali Aidil menyatakan rasa cinta yang telah mula wujud di hati Aidil. Sofea hanya mendiamkan diri kerana dia tidak pernah menyangka Aidil boleh jatuh hati padanya padahal mereka masih belum pernah bersua muka.
Aidil meminta agar Sofea memberikannya peluang dan ruang untuk mencintai Sofea. Sofea pada mulanya berat hati untuk menyerahkan hatinya pada Aidil kerana meragui keikhlasan hati Aidil. Akhirnya, Sofea berpura-pura untuk memberikan hatinya pada lelaki itu. Sofea mengajak Aidil untuk bersua muka, dan akhinya mereka berjumpa. Pada waktu itulah Aidil meluahkan rasa hatinya pada Sofea. Sofea dapat melihat keikhlasan dan kejujuran Aidil, namun malangnya Sofea hanya ingin mempermainkan perasaan Aidil.
Mereka menjalinkan hubungan selama lebih kurang 3 bulan. Kakak Aidil tidak merestui hubungan mereka setelah mendapat tahu Aidil berhubungan dengan seseorang pada usia 18 tahun. Justeru Aidil mengambil
keputusan untuk tidak menghubungi Sofea kerana dia telah berjanji dengan keluarganya untuk tumpukan perhatian pada pelajarannya. Aidil terasa sangat sengsara kerana terpaksa merenggangkan hubungan dengan Sofea yang amat dicintainya.
Setelah beberapa minggu hubungan mereka renggang, Sofea mula sedar bahawa selama ini dia sedang mencintai Aidil. Sofea mula menyesali perbuatannya yang tidak ikhlas mencintai Aidil. Sofea mula menghargai setiap masa yang Aidil telah luangkan untuk menemaninya di kala Sofea kesepian. Namun, semuanya telah terlambat. Berkali-kali Sofea cuba menghubungi Aidil, namun usahanya gagal. Aidil semakin menjauhkan dirinya dari Sofea. Sofea sedar hatinya telah tertutup untuk menerima cinta dari lelaki lain selain Aidil yang jujur dan ikhlas mencintainya. Sampai sekarang Sofea setia menanti kehadiran Aidil untuk bersama-sama melayari kehidupan mereka bersama.
*****
Akhir kata dari saya, hargai cinta selagi ia masih bersama kita...
No comments:
Post a Comment