Saturday, 26 November 2011

PENYESALAN




kalau kita dah buat silap masa lalu, kalau sekarang baru kita nak tersedar, menangis air mata darah pown masih tak dapat nak tebus kesalahan lampau tu.

Lebih baik kita jgn buat kesalahan. Memang setiap manusia tak dapat nak lari dari buat kesalahan, tapi kita boleh cuba untuk mengelakkan diri kita dari buat benda-benda yang salah... :'(

Thursday, 24 November 2011

Jokes

A man walks into a shop and sees he asks the shopkeeper, a cute little dog. He asks the shopkeeper, “Does your dog bite?” The shopkeeper says, “No, my dog does not bite.” The man tries to pat the dog and the dog bites him. “ouch!” he says, “I thought you said your dog does not bite!” The shopkeeper replies, “That is not my dog!”
 ___________________________________________________________

Man: I want to share everything with you.
Woman: Ok. Let’s start with your bank account.

A: Hey, man! Please call me a taxi.
B: Yes, sir. You are a taxi.

C: Which is faster, heat or cold?
D: Heat, because you can catch a cold.

E: Why didn’t the skeleton go to the dance?
F: He didn’t have any ‘body’ to take.

 Father: What did you do today to help your mother?
Son: I dried the dishes.
Daughter: And I helped to pick up the pieces.








KENAL DIRI ANDA SENDIRI

ANDA KENAL SIAPA ANDA???


Hai kengkawan. Terima kasih sebab sudi jengok-jengok blog saya ni. Apa khabar anda hari ini? Harap hari ini lebih baik dari semalam dan hari-hari yg lepas.Saya di sini sihat, alhamdulillah. Hari ini, masa kaum Adam, kaum pemimpin dunia tengah bersembahyang Jumaat, saya dapat ilham baru dan nak share la dengan sesiapa sahaja yang sudi nak baca blog saya ni.

Bukan semua manusia sempurna, tapi kita boleh cuba untuk jadi sempurna.
Bukan semua manusia boleh buat yang terbaik, tapi kita boleh cuba dan berusaha untuk jadi yang terbaik.
Bukan semua hari yang kita lalui akan berjalan dengan baik, namun kita boleh cuba untuk menjadikan hari ini lebih baik dari hari-hari yang lepas. Betul tak????

Anda kenal tak siapa diri anda sebenarnya? Kadang-kadang kita sendiri pun tak kenal hati budi kita sendiri kan? Saya juga pernah mengalami peristiwa yang sama. Tak menyangka yang kita boleh buat sesuatu perkara ataupun tak sangka yang kita tak boleh buat perkara yang mudah. Usah malu dengan kelemahan diri sendiri, namun  kita harus cuba untuk memperbaiki kelemahan diri kita sendiri. Zaman moden macam sekarang ni, macam-macam cara yang kita boleh buat untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri. Sumber-sumber seperti internet, majalah, akhbar dan buku-buku ilmiah boleh membantu kita untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu fikiran kita.

Kita harus mengenali kelemahan diri kita dahulu sebelum mengenali kelebihan diri kita. Kelemahan adalah sesuatu yang mengurangkan prestasi dan mutu hidup kita. Pelbagai aspek kelemahan diri manusia. Kelemahan fizikal seperti kulit bermasalah, kelemumur, ketinggian, berat badan dan kecantikan atau kehenseman merupakan contoh-contoh kelemahan diri dari aspek fizikal. Dari aspek mental pula mungkin agak lemah untuk catch-up sesuatu yang penting atau kurang bijak menguruskan masa. Kebanyakan masalah ini boleh diselesaikan jika kita bersungguh-sungguh untuk meleraikannya. Namun, tidak semua masalah boleh diselesaikan dengan mudah.

Selepas kita kenal kelemahan diri kita, intai pula apa yang kita boleh buat dengan cemerlang. Lain orang, lain kelemahan dan kelebihannya. Namun, kita juga harus selalu ingat untuk tidak bongkak atau berlagak dengan kelebihan diri sendiri. Kelebihan yang ada pada diri kita yang dapat menutup kelemahan kita. Usah bersedih hati sekiranya kita sedar yang kita tidak ada kelebihan seperti orang lain ada.

Tak semua orang cantik,
Tak semua orang pandai,
Tak semua orang kreatif,
dan ingatlah,,,
TAK SEMUA ORANG SEMPURNA...

Bersyukurlah dengan diri kita sendiri. Cuba untuk mencari penyelesaian untuk memperbaiki kelemahan diri...

^_^ MUHASABAH DIRI ANDA SETIAP HARI....


LAGU YANG MEMBERI SEMANGAT KENTAL BUAT AKU

MASIH ADA YANG LEBIH BAIK DI LUAR SANA

Putus kawan??? Atau yang sewaktu dengannya???

Rileks la kengkawan. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan Yang Maha Esa. Kehilangan si dia mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tu. Cuba motivasikan diri dengan berfikiran positif. Jangan asyik nak fikir kesalahan pihak di sana atau pihak kita je. Tenang-tenangkan fikiran anda. Jika perlu, luahkan pada seseorang yang boleh dipercayai. Jangan malu untuk menitiskan air mata tu. Dengan menangislah anda dapat meleraikan sedikit sebanyak kesedihan di hati. Saya juga begitu. Tak kira kaum Adam atau Hawa. Semua boleh menangis, jangan anggap dengan menitisnya air mata itu, kita dah tak macho!!! Hahaha...

Perpisahan kita dengan dirinya pasti ada sebab tertentu. Semestinya kita dah tak ada jodoh dengan dia dah. Jangan tangisi peprisahan itu lama-lama. Cukup sekadar buat melepaskan duka di hati.

Jika anda sedar, ramai lagi yang menanti di luar sana. Ada yang berperangai sama atau lebih teruk dari si dia yang lepas. Ada juga yang jauh lebih baik untuk diri kita. Tak perlulah kita terburu-buru mengejar cinta, kerana cinta itu datang dengan sendirinya.

Cinta yang dicari akan pergi, cinta yang datang dengan sendirinya akan kekal selamanya bersama kita.
Cinta yang berlandaskan nafsu akan pudar, cinta yang hanya kerana ketulusan dan keikhlasan hati akan kekal abadi.



GAGAL DALAM CINTA TIDAK BERERTI GAGAL SELAMANYA

Well, para pembaca blog yang disayangi... Welcome to my blog and thanks for reading...

Tajuk yang saya pilih iaitu GAGAL DALAM CINTA TIDAK BERERTI GAGAL SELAMANYA adalah untuk memotivasikan diri saya sendiri dan juga sesiapa sahaja yang mengalami kes yang serupa.

Ingat "bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor"!!! Kita memang akan berasa frust dan sedih yang teramat sangat sekiranya cinta dan kasih yang kita tumpahkan pada si dia, akhirnya berakhir dengan episod duka. Fenomena yang terjadi ni sebenarnya normal buat semua insan yang punya hati dan perasaan...

Pertemuan kita dengan seseorang itu sebenarnya ditentukan oleh Allah SWT. Setiap pertemuan mesti ada sebabnya. Mungkin untuk mengajar kitatentaang jenis-jenis manusia yang berbeza sifat dan perangainya. Mungkin juga untuk mematangkan diri kita sendiri. Dan mungkin untuk memberi pengajaran pada diri kita tentang kehidupan di dunia yang fana ini....

Oleh itu, bangkitlah kawan-kawanku!! Usah bersedih lagi k?? ^_^

kalau kita sedih???

kalau kita teringat kat peristiwa silam yang menyentuh kalbu kita, kita mesti sedih kan??

kalau kita sedih, kita nak buat ape?? menangis? meraung? luahkan pada orang yang paham kita??

masing2 ada cara tersendiri untuk meredakan kesedihan yang dialami. ada sesetengah orang suka dengar muzik kalau dia rasa sedih. ada juga yang suka jerit sekuat hati untuk lepaskan perasaan sedih atau geram. ramai juga yang prefer untuk bercuti atau bersiar-siar untuk mengubat hati yang lara....

konklusinya, banyak cara kita boleh buat kalau kita sedih dan nak lepaskan kesedihan tu daripada membelenggu diri kita....



DON'T WORRY BE HAPPY

The differences between love and like….

In front of the person you love, your heart beats faster,
But in front of the person you like, you’ll get happy.
In front of the person you love, winter seems like spring,
But in front of the person you like, winter is just a beautiful winter.
If you look into the eyes of the person you love, you can’t say everything in your mind,
But in front of the person you like, you can.
In front of the person you love, you tend to get shy,
But in front of the person you like, you can show your own self.
The person you love comes into your mind every minutes.
You can’t look straight into the eyes of the one you love,
But you can always smile into the eyes of the one you like.
When the one you love is crying, you’ll cry with them,
But when the one you like is crying, you ends up with comforting.
The feeling of love starts from the eyes.
Love the one who loves you  and let love turns up into years and remains in your heart forever…

Wardah Abdul Wahid.

C.I.N.T.A.

Semua manusia dikurniakan hati untuk merasai cinta. Pernahkah anda merasai cinta???

Manusia mudah keliru tentang membaca hati kita sendiri. Kadang-kadang kita langsung tidak sedar yang kita sebenarnya sedang dilamun cinta. Sampai satu ketika kita telah kehilangan si dia barulah kita sedar bahawa selama ini kita sedang menyayangi dan mencintai dia.Oleh itu, pastikan kita sentiasa peka dengan sekeliling kita kerana cinta boleh hadir pada bila-bila masa sahaja. Saya nak share sikit cerita tentang akibat tidak menghargai kehadiran cinta.
 ******
Aleya Sofea, seorang pelajar di kolej swasta, mengambil bidang sains kesihatan sebagai major pengajiannya di kolej tersebut. Sofea seorang yang sangat mementingkan masa depan kerana dia ingin mengubah nasib keluarganya. Setiap masa lapang Sofea diisi dengan mengulangkaji pelajaran. Hingga suatu masa itu....

Seorang lelaki yang bernama, Aidil Adha belajar dalam bidang kejuruteraan di kolej yang sama dengan Sofea, berkenalan dengannya melalui laman sosial facebook. Mereka mula rapat dengan chat dan comment dalam facebook. Sebulan kemudian mereka mula berhubungan melalui sms dan panggilan. Setiap malam Aidil akan menelefon Sofea untuk berbual dengannya. Pernah sekali Aidil menyatakan rasa cinta yang telah mula wujud di hati Aidil. Sofea hanya mendiamkan diri kerana dia tidak pernah menyangka Aidil boleh jatuh hati padanya padahal mereka masih belum pernah bersua muka.

Aidil meminta agar Sofea memberikannya peluang dan ruang untuk mencintai Sofea. Sofea pada mulanya berat hati untuk menyerahkan hatinya pada Aidil kerana meragui keikhlasan hati Aidil. Akhirnya, Sofea berpura-pura untuk memberikan hatinya pada lelaki itu. Sofea mengajak Aidil untuk bersua muka, dan akhinya mereka berjumpa. Pada waktu itulah Aidil meluahkan rasa hatinya pada Sofea. Sofea dapat melihat keikhlasan dan kejujuran Aidil, namun malangnya Sofea hanya ingin mempermainkan perasaan Aidil.

Mereka menjalinkan hubungan selama lebih kurang 3 bulan. Kakak Aidil tidak merestui hubungan mereka setelah mendapat tahu Aidil berhubungan dengan seseorang pada usia 18 tahun. Justeru Aidil mengambil
keputusan untuk tidak menghubungi Sofea kerana dia telah berjanji dengan keluarganya untuk tumpukan perhatian pada pelajarannya. Aidil terasa sangat sengsara kerana terpaksa merenggangkan hubungan dengan Sofea yang amat dicintainya.

Setelah beberapa minggu hubungan mereka renggang, Sofea mula sedar bahawa selama ini dia sedang mencintai Aidil. Sofea mula menyesali perbuatannya yang tidak ikhlas mencintai Aidil. Sofea mula menghargai setiap masa yang Aidil telah luangkan untuk menemaninya di kala Sofea kesepian. Namun, semuanya telah terlambat. Berkali-kali Sofea cuba menghubungi Aidil, namun usahanya gagal. Aidil semakin menjauhkan dirinya dari Sofea. Sofea sedar hatinya telah tertutup untuk menerima cinta dari lelaki lain selain Aidil yang jujur dan ikhlas mencintainya. Sampai sekarang Sofea setia menanti kehadiran Aidil untuk bersama-sama melayari kehidupan mereka bersama.
*****

Akhir kata dari saya, hargai cinta selagi ia masih bersama kita...