Thursday, 24 January 2013

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN

hye semua... assalamualaikum wbt kepada semua umat Islam yg singgah di blog kecil ini... dan tidak lupa juga Salam Maulidur Rasul :)

hari ini tercetus pula ilham nak beri tips-tips yg berguna buat semua penuntut ilmu... tidak kira usia, semua masih boleh menuntut.. Rasulullah SAW juga bersabda,, 'Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negeri China" ... oleh itu,, ketika kita masih bernyawa,, tuntutlah ilmu sebanyak yg mungkin dan amalkanlah ilmu yg dituntut tersebut.. insyaALLAH..

walaupun agak terlamat sedikit,, cik wawa tetap juga nak ucapkan selamat kembali ke sekolah @ universiti @ kolej buat semua penuntut ilmu.. sebelum bermulanya alam persekolahan atau semester baru untuk pelajar IPT, mesti ada buat azam baru kan?? semua nak berjaya betul tak??? hehe.. tapi,, kadang2 pelajar tidak tahu cara untuk belajar dengan betul... menggunakan teknik dan amalan yg salah atau tidak sesuai boleh menyebabkan seseorang pelajar itu kecundang semasa peperiksaan.. Nauzubillahiminzalik... >.<

huhu... sempena menyambut Maulidur Rasul ini,, cik wawa nak share sikit ilmu di dada.. takde la nanti orang cakap kedekut ilmu pulak kan? hihi... cik wawa pown bukanlah bagus sangat,,, tapi insyaALLAH tips2 ini boleh membantu para penuntut untuk capai GOAL anda dalam alam persekolahan mahupun univerisiti...

1) dalam kelas @ kuliah

  •  tumpukanlah perhatian sepenuhnya, dengar dengan teliti apa yg lecturer @ cikgu yg sedang membincangkan tentang sesuatu topik.. sebab lecturer selalunya akan membincangkan topik2 atau perkara penting yg akan keluar time exam.. sediakan buku @ set A4 untuk mencatit segala perkara penting yg disampaikan oleh tenaga pengajar tersebut.
  • jagalah ADAT BELAJAR semasa di dewan kuliah @ kelas... jangan sesekali BIADAP @ berbahasa kasar dengan tenaga pengajar tersebut.. sekiranya terdapat sebarang kesulitan, berbincanglah dengan cara yg berhemah dan beradab... kerana ilmu yg dicurahkan oleh guru tidak akan berkat jikalau adat2 bersama guru tidak dijaga dengan baik...
  • JANGAN SESEKALI TIDUR semasa guru @ lecturer sedang mengajar di kelas @ dewan kuliah... salah satu yg mengguris hati dan perasaan guru adalah ketika pelajar tidak menumpukan sepenuh perhatian ketika kuliah.. jikalau terguris hati pengajar tersebut,, takut2 nanti tidak berkat ilmu yg disampaikan... 
2) sebelum kelas @ kuliah
  • buatlah persiapan yg rapi sebelum kelas... persiapan di sini bermaksud,,, cuba fahami topik yg berkemungkinan akan diajar semasa kelas nanti... ini sangat membantu para pelajar untuk lebih memahami sesuatu topik yg dibincangkan dalam kelas... 
  • pasanglah niat yg betul sebelum melangkah menuju ke kelas... sesuatu perkara yg kita buat hendaklah didahului dengan niat... niat yg ikhlas menuntut ilmu hanya kerana ALLAH SWT, insyaALLAH segala ilmu yg dipelajari diberkati ALLAH SWT... 
3) ulangkaji pelajaran @ topik yg telah diajar... hakikat akal manusia ialah cepat lupa... oleh itu ,, keraplah mengulangkaji topik2 yg penting.. 

4) jangan terlalu kedekut kertas untuk membuat nota sendiri... walaupown dah ada buku teks,, sebaiknya,, selepas baca dan fahami topik yg dibaca,, tulislah isi2 penting topik tersebut sebagai pelengkap untuk lebih mengingati ilmu tersebut dengan lebih baik.. kerana telah terbukti secara saintifik,, otak manusia lebih mengingati apabila menulis dan menyalin daripada hanya membaca... 

5) sebelum peperiksaan
  • buatlah preparation yg menyeluruh... BUKAN hanya pada sesetengah topik sahaja... fahamilah dengan mendalam setiap subtopik sesuatu subjek.. setiap peperiksaan akan meliputi keseluruhan subtopik yg dipelajari sepanjang semester.. 
  • banyaklah buat latihan dan lazimkanlah diri untuk jawab soalan2 peperiksaan past-year questions.. sangat2 membantu semasa peperiksaan nanti.. 
  • untuk pelajar2 universiti,, kumpullah carry marks banyak2 (quiz, assignment, attendance, test, lab report, presentation, group work @ projek) 
  • minta restu ibu bapa sebelum minggu peperiksaan tersebut... restu mereka adalah sangat penting bagi menentukan agar diredhai ALLAH SWT... 
  • minta maaf dan minta restu dari lecturer dan guru2 yg mengajar... takut2 pernah mengguris perasaan mereka.. 
  • maafkan dan halalkan segala makan minum dan ilmu yg pernah dicurahkan pada rakan2 seperjuangan... dan mungkin pernah membuat kesilapan pada rakan2,, minta maaf dari mereka... maafkan juga sekiranya pernah salah seorang rakan yg mengguris hati anda.. jiwa yg lapang pada hari peperiksaan insyaALLAH membantu ketika menjawab soalan peperiksaan... 
  • langsaikan segala hutang yg ada... ingat!!! HUTANG WAJIB DIBAYAR WALAU TIDAK DITUNTUT... 
6) jagalah solat 5 waktu sehari semalam anda... ingat!!!! SOLAT ITU TIANG AGAMA... yg membezakan orang Islam dan orang kafir ialah SOLAT.. rajin2kanlah diri untuk solat sunat tahajud, solat sunat taubat dan lain2... kalau boleh onlline sampai 3-4 pagi,, kenapa susah nak solat malam?? hubungan kita dengan ALLAH SWT perlulah dijaga dengan penuh tanggungjawab... 

7) rajin2 lah buka AL_QURAN dan mengaji... bukan kah mengaji walaupun satu huruf akan diberikan pahala oleh-Nya?? apa salahnya kalau mengaji 3-4 ayat... kalau baca novel,, komik,, majalah boleh,,,,, kenapa susah sangat nak membaca al-quran al-karim?? 

muhasabahkanlah diri anda wahai para penuntut ilmu sekalian,,, kongsilah ilmu pada para sahabat seperjuangan... insyaALLAH jika teknik menuntut ilmu yg betul dilaksanakan,, nescaya GOAL anda akan tercapai dengan berkat dan rahmat dari ALLAH SWT yg Maha Pemurah... insyaALLAH...

apa2 pown,, terima kasih ye sebab sudi singgah di blog kecil ni... ha,,, pada yg boleh solat tu,,, jangan tinggal solat ye... :)