hmmmmm.... selalu kita perhatikan entry2 kat blog selalu berkenaan cinta, kenangan, sahabat, kehidupan, cerita lawak dan sebagainya... agak jarang kita jumpa entry yang berunsur dakwah... sedangkan setiap orang Islam yang berakal wajib berdakwah mengikut kemampuan... jadi, marilah kita sama2 menggunakan teknologi yg ada ini untuk memperoleh keberkatan duniawi dan ukhrawi.... :)
Amma Ba'du,,
sesungguhnya agama Islam diutuskan oleh ALLAH SWT melalui junjungan teragung Rasulullah saw kepada umat manusia, untuk mengeluarkan mereka daripada kegelapan syirik, kufur, prasangka dan kesesatan. Maka, berbahagialah bagi mereka yang mengikuti agama yang disampaikan baginda lalu berpegang dengan aqidah tauhid, dan malanglah bagi mereka yang terus memilih untuk berpegang dengan fahaman kufur mahupun pegangan yang syirik.
wahai pembaca yang setia,,, agama Islam yang indah ini menyeru manusia agar kembali kepada fitrah dan realiti. kerana hakikat kewujudan ini sememangnya berdiri atas konsep TAUHID dan WAHDANIYYAH (keesaan ALLAH SWT). oleh yang demikian, Islam mengajar umat manusia aqidah yang indah dan murni daripada hijab-hijab aghyar, agar manusia dapat meningkatkan kerohanian diri untuk terus menghirup kemanisan makrifatullah ( kenal ALLAH SWT).
para sahabat Rasulullah saw mewarisi ajaran tauhid dan asas-asas keimanan daripada Rasulullah saw lalu mereka menterjemahkan ke dalam praktikal harian mereka melalui proses tarbiah dan mujahadah di bawah bimbingan dan irsyad (tunjuk ajar) Rasulullah saw. mereka menterjemahkan aqidah dan keimanan mereka dalam bentuk muamalah harian mereka dengan akhlak2 yang tinggi samada yang zahir mahupun yang batin.
baiklah para pembaca yg diberkati ALLAH SWT sekalian, saya nak kupas pula tentang TIGA ASAS AQIDAH ISLAM...
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ada menyebut dalam buku beliau yang berjudul Fusulun fil-Aqidah...
" sesungguhnya Islam ialah aqidah dan amal. Aqidah itu perkara pokok dan amak itu cabang daripada aqidah tersebut. Tanpa aqidah, maka amalan seseorang itu tidak akan diterima." nauzubillahiminzalik....
usul2 aqidah itu ada 3 yg paling utama:
1) mengenal ALLAH SWT sebagai Maha Pencipta, Maha Pemberi Nikmat dan Tuhan yg disembah, yg mana, seluruh kewujudan ini menunjukkan kepadaNya samada fitrah, akal mahupun tanda2 kejadian alam ini sendiri. ALLAH SWT berfirman yg bermaksud:
" apakah ada keraguan terhadap Allah, Maha Pencipta langit dan bumi? " (surah Ibrahim: 10)
2) mengesakan ALLAH SWT dengan meyakini bahawa ALLAH SWT itu Maha Esa dan menjadi tempat pergantungan. hanya ALLAH SWT sahaja Tuhan yang layak disembah. hanya Dia sahajalah Tuhan yang Maha Kuasa dalam memberi pertolongan. ALLAH SWT berfirman yg bermaksud:
"(Dialah) ALLAH, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia." (surah al-Baqarah: 255)
3) menyucikan ALLAH SWT daripada segala sifat yang tidak sesuai dengan sifat2 kesmpurnaanNya. sesungguhnya ALLAH SWT bersifat sempurna dan tiada kekurangan. sesiapa yang menyamakan sifat ALLAH SWT dengan makhluk lain, maka dia telahpun tersesat daripada landasan aqidah Islam yang indah lagi murni. sepertimana firmanNya:
"tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia (Allah SWT)." ( surah as-Syura:11)
wahai muslimin serta muslimat sekalian yang sudi membaca isi perbahasan ini,, moga diberkati ALLAH SWT... marilah kita sama2 berdakwah demi menjaga kesucian agama Islam yg tercinta ini... syukran... ^_^